Khamis, 15 Ogos 2019

maldives...

MALDIVES

Alhamdulillah, kami selamat pergi dan pulang dari Maldives.
Saya sekadar berkongsi pengalaman berdasarkan percutian kami di Maldives selama 5 hari dan 5 malam @ 4 – 9 julai 2019.
Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak gi Maldives ni sebab tau perbelanjaan kat sana dan tambangnya mahal.
Syukur sangat tiket pergi balik ngan airasia RM 308 untuk berdua guna airasia big (30,000 point) beli masa final call bulan lepas. Memang nak habiskan point sebab point tu dah nak expired.
Tapi kalau guna 1000 point, rasanya dalam rm 450 gak seorang untuk pergi balik.
Flight dari kl jam 6.55 pm dan sampai jam 8.10 pm waktu Maldives beza waktu malaysia (Maldives lambat 3 jam dari Malaysia), perjalanan 4 jam 15 minit.
Sebaiknya pergi ambil flight pagi, boleh nengok view yang sangat cantik masa nak landing & dan ada ler masa separuh hari di Maldives.

Day 1
Sampai jer di airport nak sampai ke kaunter imigresen baru ada arrival form, masa kat imigresen tunjukkan sekali tiket balik.
Kuor jer airport terus tukar wang rufiyaa, kami tukar usd 20 dapat 300 rufiya tapi sampai balik tak guna pun wang rufiyaa ni.
Tukaran wang usd ke rm masa kami gi ni usd 1 = rm 4.125.
Kat airport takde free wifi, tapi kalau kita beli makanan kat food court boleh dapat password wifi.
Pendapat saya, airport ni kurang sesuai untuk bermalam sebab ruang terhad & panas walaupun ada kipas. Tapi kalau nak tdo ok jer kot.
Saya tiba hari jumaat, tersilap booking ticket. Sepatutnya saya boleh berjimat naik public boat yang hanya usd 2 jer.
Jadinya kami ada 2 pilihan, nak bermalam di hulhumale atau terus ke maafushi.
Oleh kerana bilik harganya sama jer, kami fikir nak terus jer ke maafushi.
Selepas tukar wang kami mencari speed boat ke maafushi, tanya ngan “counter information” dia suruh deal jer ngan petugas hotel kat area arrival tu.
Kami deal dapat usd 20 seorang ngan speedboat ke maafushi.
Jam 9 pm kami naik boat, boat singgah kat male (sebutan mallay) ambil orang jap pastu terus ke maafushi & sampai jam 9.30 pm.
Sampai jer kat jetty staff & bos hotel bawa ke hotel, kami booking ngan hotel ethereal inn tapi bosnya kata hotel ethereal inn tu dah full booking sebab guest sebelum ni mintak extend lagi sehari.
Bosnya bagi tukar hotel white sand lodge area maldives bank, katanya esok boleh tukar ke ethereal inn.
Tapi dah sampai white sand lodge hotel ni, nampaknya lagi berbaloi dan menarik daripada ethereal inn yang kami booking.
Breakfast ethereal in adalah by plated tapi kat white sand lodge ni by buffet, jadi esoknya kami cakap ngan bos kami nak dok white sand lodge ni jer sampai balik.
Sampai jer dah settled check in dan bayar, bos @ mr fox offer package yang sangat berbaloi
PAKEJNYA ?


Package By White Sand Lodge (MR FOX)

Package 1 – Mia USD 120
1 Half day + Dinner
(Swimming with turtles, Nemo point snorkeling, fish feeding, lunch at sandbank, dolphin cruise)

1 Sharkpoint Full Day + Dinner
(Swimming with sharks and giant Trevallies, snorkeling in coral Garden, Stingray watching, Lunch at Local island Fulidhoo, Sandbank, swimming with dolphins in dolphin lagoon)

1 Night Fishing with BBQ Dinner
Transfer back to airport via speed boat
Underwater Photos
FreeKayaks/snorkeling equipment for stay

Package 2 – Pumba USD 230
1 Half day + Dinner
(Swimming with turtles, Nemo point snorkeling, fish feeding, lunch at sandbank, dolphin cruise)
1 Sharkpoint Full Day + Dinner
(Swimming with sharks and giant Trevallies, snorkeling in coral Garden, Stingray watching, Lunch at Local island Fulidhoo, Sandbank, swimming with dolphins in dolphin lagoon)
1 Luxury resort visit to Adaaran Rannalhi with unlimited alcohol and buffet lunch. + dinner
1 Night Fishing with BBQ Dinner
1 Drone Photo Shoot
Transfer back to airport via speed boat
Underwater Photos
FreeKayaks/snorkeling equipment for stay

EXTRA @ FREE GIFT
Island Hopping to Local Island, Gulhi with picnic lunch

PACKAGE BY SHADOW PALM

PACKAGE HALF DAY- USD 25 Per Person
HALF DAY SNORKELING PACKAGE
Explore There beautiful an enchanting reefs with us on our HALF DAY SNORKELING excursion package, explore the unimaginable beauty of sand bank & dolphin cruise.
Turle Reef
Palm Reef
Nemo Point
Giant Sand Bank
Dolphin Cruise
Package Includes :-
Snorkeling Equipment’s
Lunch, Fruits, Towels
Soft Drinks, Water

PACKAGE FULL DAY – USD 50 Per Person
VAAVU ATOLL EXPLORE
Come with us and hafe this unique Experian, Get to see and snorkel with the Nurse Sharks & with Giant Trevallies.

Tour Includes:-
• Snorkeling with Nurse Sharks & Giant Trevallies
• Fulidhi (Local Island) @ Stingray
• Longest natural walkway in Maldives
• Snorkel with dolphins
• Lunch, Soft Drinks, Water
• Snorkeling Gears, Towels

harga boleh bincang lagi, pandai-pandai ler...


Kami tak ambil sebab kami nak gi snorkeling ngan shadow palm, @azlin farida & @kekma kata shadow palm ni best.
Sebaiknya penginapan better dok kat area bikini beach, happening ckit.
Maafushi ni public beach, Antara pulau yang termurah ler kat Maldives.
Berbikini kat maafushi hanya dibenarkan kat area bikini beach jer
Selepas letak bag, kami terus gi jalan kat area kaani jalan-jalan nengok apa yang ada di maafushi.
Kedai runcit banyak jer, rata-rata tutup jam 10 pm.
Harga buffet breakfast 10 usd termasuk tax kat arean dan 15 usd untuk dinner, tapi makannya menarik dan berbaloi.
Kat sunrise hotel 10 usd untuk dinner.

Second  day
Kami breakfast buffet kat hotel jer, pastu jalan pusing maafushi
Kat jetty ramai orang memancing ikan, ikannya cam ikan selar. Selang seminit – dua minit insyaallah dapat ikannya. Memang tak menghampakan ler.
Kalau pagi ni sesuai ler nak mandi, redup ler ckit kalau idak panas.
Kat maafushi minuman keras memang tak boleh.
Pantai kat depan sunrise penduduk tempatan kata mulai jam 6.30 pm hingga malam boleh Nampak stingray kecik kat pantai ni. Tapi kami ada jumpa seekor je pada siang hari ketiga.
Petang kami pusing pulau sambil ambil gambar.
Malam booking private island ngan icom tour.

Hari ketiga
Lepas breakfast jam 7.45 pagi gi icom sebab nak kami gi private island kat adaaran vadoo prestige berharga 100 usd + 20 usd return speed boat.
Naik boat jam 8 am, Jam 8.20 am – 7.50 pm, buffet lunch, unlimited drink, swimming pool acces, towel. Snorkel free tapi deposit usd 30.
Jam 8 pm naik speed boat ke adaaran, speed boat ni nak pergi ke male tapi kami stop sebelum male
Perjalanan dalam 20 minit

Sampai adaaran kami di sambut oleh staff, kami di pakai gelang biru maksudnya day visit.
Staff bawak kami pusing semua tempat, tunjukkan tampat yang menarik.
Dah settle tu kami pusing untuk nengok lokasi terbaik nak amik gambar dan kami ambil gambar.
Lepas ambil gambar, kami snorkeling & mandi kat swimming pool.
Jam 12.30 pm kami lunch buffet, tapi disebabkan orang tak ramai buffet takde hari tu. Tapi kami boleh makan apa saja yang dalam menu set tu unlimited.
Lepas lunch dok santai tepi pantai, jam 4.30 pm minum petang.
Semua tempat kita boleh masuk, kecuali ke water banglo jer tak boleh sebab dikhuatiri menggangu tetamu water banglo.
Changing room memang cantik, ada sediakan towel dan boleh mandi.
Jangan lupa gi amik gambor kat lounge, belakang changing room. Petang sebelum time shark feeding, banyak shark & ikan besar kat bawah tu. Deme dah tau kejap lagi ada org nak bagi makan gamaknyer.
Jam 5.30 pm shark feeding & tuna kat tepi pantai, ikan besar besar.
Jam 6.50 pm boat sampai nak balik maafushi, jam 7 pm sampai maafushi.
Balik bilik lepas tu gi jalan kat shadow palm, booking pakej snorkeling untuk esoknya.

Hari keempat
Breakfast jam 7.30 am, lepas tu terus ke shadow palm.
Shadow palm memang terbaik, staff memang tak sombong & sangat terbaik.
Sampai shadow palm jam 8.45 am depa bagi snorkel set tapi kami tak amik sebab memang kami dah ada sendiri punya.
Depa bagi fin & towel, jam 9 am terus gi ke jeti naik boat.
Gi ngan shadow palm memang best, happening ngan lagunya.
First gi
Sandbank - Longest natural walkway in Maldives
Snorkeling with manta ray, tapi takde luck sebab tak jumpa.
Esok harinya ada gang dari Malaysia jumpa, tapi tak jumpa dolphin.
Snorkel with dolphins, memang berbaloi.
Saper kuat berenang boleh ler amik gambor dekat ngan dolphin, tapi kalau boleh menyelam lagi bonus.
Fulidhi (Local Island) @ Stingray
Stingray jinak, insyaallah tak merbahaya.
Ada gak terkena ekornya, tapi ok jer.
Pas tu kita jalan kat pantai, ambil gambar.
Lunch makan nasi beriani, ikan tuna, sayur & air, memang kenyang.
Snorkeling with Nurse Sharks & Giant Trevallies
Ni pun memang menarik & terbaik, shark ni tak kacau kita tapi kita jangan kacau dia pulak.
Shark ni lalu depan mata kita jer,berdebor gak.

Jam 2.30 pm balik ke maafushi, jam 3 pm sampai & sambung pulak kat bikini beach.
Balik bilik study nak ke gulhi island

Hari kelima
Kami gi gulhi island, sebelah jer ngan maafusi ni.
Slow boat takde hari ni, jadinya kami naik jer speed boat, usd 5 one way & usd 10 return.
Kena tahu gak timing bot ni, kalau idak jenuh.
Kami pusing ler satu pulau, pulanya keciknya.
Pokok kelapa cantik kat south beach
Orang tempatan pun tak ramai, pulau ni lagi cantik dari maafushi.
Kat sini ada dua buaian kat laut ngan sign “I LOVE GULHI”
Kami mandi pantai, dari sini kami Nampak dolphin melompat kat tengah laut.
Jam 3 pm kami balik ke maafushi.
Malam cari ler fridge magnet, usd 2 satu tu.

Hari ke enam
Flight kami jam 8.55 malam, kami kami nak naik speed boat jam 12 pm.
Lepas breakfast kami terus gi jeti, jam 12.30 sampai male.
Sampai jer male hujan renyai, berteduh ler kat jeti.
Kami nak jalan-jalan kat male, kami singgah kat pasar.
Macam-macam buah ada, makanan kering semua berasaskan ikan tuna. Ikan tuna kat pasar besar besar.
Kami gi jalan pasar buah, buah memang mahal.
Anggur rm 55 per kg.

Habis jalan-jalan, kami jaln ke jetty nak gi airport, tambang 10 rufiya jer & perjalanan dalam 10 minit
Boat setiap 10 minit, boat ni ada gak ke hummamle.

Sampai jer airport terus masuk, tapi kena scan bag dulu, jam 5.55 pm baru boleh check-in & tinggalkan bag.

Perbelanjaan kami untuk berdua – currency usd 1 = rm 4.125
Flight rm 308 + 30k airasia big point
Ferry ke maafushi usd 40
Penginapan usd 234.70 (5 malam)
Snorkeling halfday  usd 100
Adaaran vadoo prestige usd 240
Day trip gi gulhi usd 20
Ferry ke male usd 40


Cadangan perbelanjaan 1
Flight rm 308 + 30k airasia big point
Ferry ke maafushi usd 40
Penginapan usd 234.70 (5 malam)
Package 1 – Mia USD 240


ATAU

Cadangan perbelanjaan 2
Flight rm 308 + 30k airasia big point
Ferry ke maafushi usd 40
Penginapan usd 234.70 (5 malam)
Package 1 – pumba 460

Pendapat saya ok jer package 1 MIA, Cuma takde gi private island tapi sebaiknya amik package 2 pumba.

Pendapat saya aktiviti wajib
• Snorkeling halfday
• Snorkeling full day
• Fishing trip
• Island hopping (Gulhi & Guridhoo)
• Private island, kalau nak tau bestnya Maldives

Maldives memang terbaik !!!!!